MINI kuburkan wagon Clubman, permintaan tidak kuat

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif Britain, MINI tidak merancang untuk menghasilkan model wagon Clubman generasi baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap kepada Top Gear, ketua jenama MINI Stefanie Wurst mengesahkan model wagon Clubman akan ditamatkan penawarannya tanpa sebarang model pengganti.
 

countryman


Permintaan terhadap Clubman yang tidak memberangsangkan merupakan alasan kukuh untuk MINI tidak meneruskan penawaran Clubman pada model generasi baharu.

"Jika anda melihat kepada angka global, MINI Countryman berjaya mengatasi jualan Clubman sebanyak dua kali ganda.

"Saya sukakan Clubman, dan saya kini sedang memandu sebuah Clubman. Namun untuk konsep kenderaan yang lebih besar, kami membuat keputusan untuk menggunakan Countryman baharu.
 

Aceman


Ruang kosong yang ditinggalkan oleh Clubman itu mungkin akan diisi oleh sebuah lagi model crossover kompak Aceman yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Dengan wujudnya model Aceman dan Countryman, MINI tiada sebab untuk memperkenalkan sebuah lagi model lima pintu demi memenuhi keperluan pelanggan yang kini lebih menggemari bentuk badan crossover/SUV.

Model terakhir Clubman merupakan MINI Clubman Final Edition 2024 yang telah dilancarkan pada awal tahun yang lalu, di mana sebanyak 1,969 unit sahaja yang akan dihasilkan sebagai penghormatan kepada tahun asal pengenalan model Clubman.

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…
Berita Global
Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…