Ura-ura: Hyundai Veloster N bakal hadir dengan enjin Smartstream, 300 hp?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak cukup dengan teaser yang diberikan oleh Hyundai baru-baru ini, nampaknya terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Hyundai kini sedang menguji enjin generasi baharu di dalam perut Veloster N.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini dikesan oleh seorang pembaca blog automotif Korea, The Korean Car Blog yang mendakwa melihat sebuah model prototaip Veloster N dan ditampal dengan pelekat '2.5 Turbo Engine T-GDi' pada pintunya.

Enjin tersebut disyaki merupakan enjin empat silinder sebaris Theta III Smartstream berkuasa turbo dengan talaan 277 hp/422 Nm pada model Sorento dan 300 hp/422 Nm pada model GV80.

 


Pada ketika ini, Hyundai Veloster N didatangkan dengan nadi 2.0 liter Theta II turbo yang mampu menjana 250 hp manakala versi Performance Package pula mampu menghamburkan sehingga 275 hp.

Jika benar Veloster N dilengkapkan dengan enjin berkuasa 300 hp, ini menjadikan hot hatch Hyundai itu kini mampu menyaingi hot hatch di pasaran seperti Honda Civic Type R yang berkuasa 306 hp/400 Nm itu.

Atau, mungkin juga Hyundai sedang menguji keberkesanan enjin Smartstream ini untuk generasi baharu Hyundai Veloster N, atau model-model N yang lain (ingat lagi Hyundai Palisade N?).

Terdahulu, Hyundai telah pun menerbitkan sebuah video teaser yang memaparkan model Veloster N yang dilengkapi dengan sistem transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan berdasarkan sekilas pandang komponen paddle shifter pada video tersebut.

 


Sumber: The Korean Blog menerusi Autoblog

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ditawarkan dalam unit import sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan, Hyundai Tucson datang dalam tiga…
Telah Diuji
Tak semua ada kereta pada waktu itu, jadi van dengan bilangan tempat duduk yang banyak adalah…
Berita Domestik
Penawaran Hyundai Kona 1.6 Turbo N Line merupakan model N Line yang pertama dibawakan untuk pasaran…