Varian Hybrid kuasai 40 peratus jualan Corolla Cross

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor sebelum ini telah pun melancarkan secara rasmi crossover pemasangan tempatan (CKD) Toyota Corolla Cross, sekaligus turut melancarkan varian hibrid CKD yang merupakan kereta pertama dari platform TNGA yang dipasang di kilang Bukit Raja.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Sejak tempahan dibuka pada Oktober tahun lalu, Corolla Cross Hybrid mencatatkan respons yang memberangsangkan, iaitu kira-kira 40 peratus daripada jumlah jualan Corolla Cross.

 

Corolla Cross Hybrid


Menurut Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor berkata, "perkembangan ini menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kelestarian alam sekitar, serta langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih hijau menerusi pemilikan kenderaan hibrid elektrik.

Toyota Corolla Cross Hybrid dijual pada harga bermula dari RM136,550 dan didatangkan sekali dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/jarak perbatuan tanpa had, serta perlindungan berasingan selama lapan tahun/jarak perbatuan tanpa had ke atas komponen seperti pek bateri hibrid, inverter, dan unit kawalan pengurusan kuasa.

Baca: Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Warna Barcelona Red dengan bumbung Jet Black nampak menyerlah dan terdapat dua lagi pilihan…
Berita Global
Berdasarkan laporan, Corolla Cross Hybrid ini didatangkan dengan sistem hibrid generasi kelima…
Berita Domestik
Varian Hybrid CKD ini akan dipasang bersama-sama model petrol 1.8V dan 1.8G di kilang Bukit Raja,…