Bersempena dengan pelancaran Naza Autofest hari ini, Naza Primera telah memperkenalkan satu lagi model baharu Vespa iaitu Vespa S 125 yang dikuasakan oleh enjin i-Get.
Model terbaru Vespa ini ditawarkan pada harga RM12,600 (termasuk GST) dan didatangkan dengan jaminan selama dua tahun.
Vespa S 125 i-Get ini dikuasakan oleh enjin satu silinder, empat lejang 125cc dengan sistem pancitan bahan api elektronik. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 10.2 hp pada 7,600 rpm dan tork 10.2Nm pada 6,000 rpm.
Roda bahagian hadapan didatangkan dengan rim 11 inci dan brek cakera 200mm. Bahagian belakang pula menggunakan rim 10 inci dan brek cakera 110mm.
Ruang simpanan barang di bawah tempat duduk boleh memuatkan dua helmet half-face dan sesuai untuk kegunaan di dalam bandar.
Terdapat empat warna pilihan iaitu “Verde Matt”, “Rosso Matt”, “Grigio Titanio” dan “Arancio Taormina”.