VIDEO: Rakaman klasik 40 tahun perlumbaan rali Mitsubishi kini boleh ditonton di YouTube

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat dan pencinta jenama Mitsubishi Ralliart yang mahu mengimbau kembali zaman kegemilangan jenama itu di dalam sukan rali.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Mitsubishi Motors TV, saluran rasmi Mitsubishi di YouTube telah memuat naik koleksi rakaman perlumbaan rali klasik sepanjang tempoh 40 tahun mereka 'bergelumang' di dalam sukan tersebut.

 


Bermula dari tahun 1967 di mana Mitsubishi menggunakan jentera rali Colt, setiap satu video berdurasi 20 hingga 30 saat itu memaparkan sorotan penglibatan Mitsubishi di dalam acara WRC serta tidak ketinggalan rali Dakar yang berjaya menaikkan nama Mitsubishi di persada dunia.

Untuk makluman, setelah berada dalam keadaan 'koma' untuk tempoh 12 tahun, Mitsubishi akhirnya membangkitkan semula jenama Ralliart dan menghidupkan kembali program perlumbaan pengeluar itu.

 


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, dengan kebangkitan kembali Ralliart, Mitsubishi mahu mengukuhkan lagi pengalaman pemanduan Mitsubishi (Mitsubishi-ness Driving) di kalangan para pemilik.

Ia dimulakan dengan penglibatan di dalam acara Asia Cross Country Rally (AXCR) tahun lepas, di mana Mitsubishi berjaya memenangi kejuaraan tersebut dengan menggunakan jentera Triton Ralliart diketuai oleh bekas juara rali Dakar, Hiroshi Masuoka.
 

axcr


Mitsubishi juga turut menggunakan populariti Ralliart menerusi pengenalan model Outlander, Eclipse Cross, Outlander Sport, Mirage dan Triton edisi khas yang menampilkan elemen rekaan tersendiri yang diinspirasikan daripada sukan rali.

Baca: Rahsia trak pikap rali Triton Ralliart

Baca: Mitsubishi hidupkan semula Ralliart

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Mendapat sokongan teknikal penuh daripada Mitsubishi Motors Corp Jepun, cabaran AXCR 2022 tahun ini…
Sukan Bermotor
Bukan untuk pelancaran produk terbaharu, akan tetapi kami diberikan peluang untuk merasai sendiri…
Berita Global
  Bagaimana unit ini boleh mendarat di United Kingdom? Pemiliknya membeli secara terus daripada…