Menerusi video berdurasi 1 minit 24 saat itu, BMW mengimbas kembali jentera-jentera yang berkhidmat di sepanjang musim perlumbaan MotoGP, termasuklah BMW Z8 roadster (musim 2001), M2 Coupe, M4 Coupe dan yang paling terkini BMW M5.
Tahun 2006 merupakan titik utama permulaan BMW M Division sebagai kereta rasmi MotoGP dan semenjak daripada itu, divisyen itu dilihat menarik perhatian umum dengan barisan jentera yang mengkagumkan dan unik dalam masa yang sama.