Vios Challenge musim kelima tutup tirai, 3.1 juta tontonan dalam talian, 4 juara baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Berakhir sudah Vios Challenge musim kelima dengan mencatatkan rekod baharu sebanyak 3.1 juta tontonan dalam talian, dengan empat juara baharu musim kelima ini berjaya ditentukan pada 20 pusingan akhir di Litar Antarabangsa Sepang.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "Kami telah menempuh perjalanan yang jauh selama lima musim bagi acara Toyota GAZOO Racing Festival dan siri perlumbaan Vios Challenge sejak dimulakan pada tahun 2017. Pada ketika itu, kami mahu mengubah pemikiran di mana kereta Toyota bukan sahaja ditujukan kepada kelompok matang, malah ia juga mampu menarik perhatian golongan muda.

"Vios Challenge telah menawarkan satu platform yang sangat kuat untuk menilai dan membangunkan kereta-kereta masa depan kami. Kami mahu para jurutera muda kami mampu untuk menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan model baharu. Kami mahukan pelanggan kami menikmati kereta yang selamat, seronok dan berkuasa untuk dipandu, dalam hal ini Vios.
 

Vios


Dalam kelas Super Sporting, Mitchell Cheah (Prima Pearl TD Racing) berjaya mengalahkan Freddie Ang (Telagamas Toyota) dengan kelebihan masa 3.7 saat, sementara tempat ketiga pula dimenangi oleh Eddie Lew (Laser Motor Racing).

Namun, keputusan sebenar menyaksikan Hayden Haikal (Axle Sports) muncul sebagai juara keseluruhan kelas Super Sporting untuk musim kelima.

Hayden berdepan dengan kesukaran di mana keretanya lebih perlahan pada Perlumbaan 2 disebabkan oleh penalti berat, serta tekanan daripada pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman.

"Dua pusingan terakhir merupakan detik yang paling manis di dalam hidup saya apabila dua orang pelumba menghadapi masalah, dan membolehkan saya untuk memotong mereka untuk mara di tempat keempat, dan dengan mata yang cukup untuk mendahului pelumba lain," jelasnya.
 

Vios


Dalam Kelas Rookie, tiga tangga pertama dikuasai oleh Muizzuddin Musyafa, Sharique Zulkarnain dan Nabil Azlan. Biarpun berjaya menduduki tempat ketiga, ia sudah cukup bagi Nabil untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas Rookie untuk musim ini.

Kelas Sporting pula menyaksikan Naquib Azlan (Axle Sports) mendominasi Perlumbaan Kedua selepas berjaya menguasi perlumbaan Pertama pada hujung minggu lalu, sekaligus menobatkan beliau sebagai juara keseluruhan dengan kelebihan mata perlumbaan yang sukar untuk ditandingi.

Kelas Promotional yang disertai oleh barisan selebriti pula menyaksikan penyanyi Khai Bahar muncul juara untuk perlumbaan kedua mengalahkan pelakon Ahirine Ahirudin dan Nabil Ahmad di tempat ketiga.

Dengan kutipan mata perlumbaan yang mencukupi, Nabil Ahmad telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kelas Promotional mengalahkan Zizan Razak di tempat kedua.
 

Vios


Pusingan akhir Vios Challenge Musim Kelima merupakan acara eksklusif yang hanya dibuka kepada 2,000 orang pengunjung sepanjang hujung minggu lalu.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun oleh pihak penganjur termasuklah acara cabutan bertuah, sesi autograf bersama selebriti, pameran barangan Toyota dan GAZOO Racing, serta konsert oleh selebriti TGR, K-Clique, Khai Bahar, Ella dan juga Dolla.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bilangan tersebut termasuk penyokong celebriti yang akan memasuki ruang acara secara eksklusif…
Sukan Bermotor
Acara ini menampilkan dua perlumbaan selama satu jam pada hari Sabtu dan Ahad bagi merebut hadiah…
Berita Global
Untuk mereka yang mahukan kelainan, nantikan sebuah filem aksi pemanduan drifting, Alive Hoon yang…