Volkswagen Golf R 2023 - kini dengan sijil lahir Pekan, tempahan dibuka, dari RM330k-350k

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Malaysia akhirnya secara rasmi mengumumkan ketibaan model hot hatch Golf R versi pemasangan tempatan (CKD) di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran untuk memasang hot hatch Golf R.
 

golf r


Tidak seperti penawaran model CBU yang terdahulu, Golf R 2023 CKD ini didatangkan standard dengan pakej Performance Pack yang merangkumi rim aloi Estoril bersaiz 19 inci, sayap belakang yang lebih besar, serta sistem ekzos Akrapovic.

Bukan itu sahaja, Performance Pack turut menambah dua mod pemanduan baharu, iaitu mod Drift dan juga mod Special (turut dikenali dengan mod Nurburgring di sesetengah pasaran).
 

gol


Dari segi kuasa, Golf R Mk8 membawakan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo EA888 yang mampu menjana kuasa 320 PS dan 400 Nm.

Kuasa itu disalurkan kepada sistem pacuan semua roda 4Motion menerusi transmisi klac berkembar DSG tujuh kelajuan, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.
 

g


Ciri bantuan lain termasuklah R-Performance Torque Vectoring, sistem kekunci pembeza elektronik XDS, serta Vehicle Dynamics Manager yang menawarkan empat mod pemanduan iaitu Comfort, Sport, Race dan Individual.

Kelengkapan pada ruang kabin juga masih lagi sama, seperti skrin infohibur Discover Pro 10 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, skrin kluster digital, kawalan iklim tiga zon, tempat duduk larasan elektrik balutan kulit Nappa, dan sistem audio Harman Kardon 480W dengan 10 pembesar suara.
 

golf


Sama seperti Golf GTI yang telah dikemaskini sebelum ini, Golf R 2023 juga didatangkan dengan ciri bantuan pemandu IQ.Drive yang merangkumi kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan sisi, amaran lintasan trafik belakang (RCTA), brek kecemasan autonomi (AEB), bantuan kecemasan (EA) dan bantuan lorong (LA).

Untuk pasaran Malaysia, tempahan untuk Golf R 2023 CKD kini telah dibuka dengan harga jualan anggaran bermula dari RM330,000 hingga RM350,000.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk membangkitkan semula semangat jentera off-road yang hilang, syarikat Delta 4x4 tampil dengan…
Berita Global
Masuk generasi kesembilan, Golf akan berubah menjadi keluarga kereta elektrik sepenuhnya yang akan…
Berita Global
Sama seperti kebanyakan lebuh raya di Malaysia, had laju yang dibenarkan untuk lebuh raya di Hume…