Volvo Cars umum cuti berbayar 24 minggu kepada golongan ibu bapa

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars kini mengumumkan pemberian cuti berbayar kepada lebih 40,000 pekerjanya di seluruh dunia, tidak kira pekerja pejabat mahupun pekerja di kilang pemasangan bermula 1 April ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah polisi baharu 'Family Bond' yang diperkenalkan itu, setiap pekerja Volvo Cars (dengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya satu tahun) berhak mendapat cuti tidak kurang daripada 24 minggu dengan bayaran gaji 80 peratus daripada gaji pokok.

Polisi ini terpakai kepada kedua-dua ibu bapa dan boleh diambil dalam masa tiga tahun pertama berkeluarga.

Menurut Volvo lagi, polisi juga turut terpakai kepada ibu bapa yang mengambil anak angkat, ibu bapa angkat, serta pasangan sejenis.

Menurut Hakan Samuelsson, ketua eksekutif Volvo Cars berkata, "kami mahu mencipta satu budaya yang menyokong keibubapaan yang setara untuk semua jantina. Apabila ibu bapa disokong untuk menyeimbangkan permintaan kerjaya dan keluarga, ia membantu merapatkan lagi jurang jantina dan membolehkan semua orang memperoleh pencapaian cemerlang di dalam karier mereka.

"Ia bukan sekadar polisi cuti ibu bapa baharu, ia merupakan satu pewujudan budaya dan nilai di dalam syarikat kami," menurut Hanna Fager, ketua unit korporat Volvo Cars.

"Kami mahu memimpin perubahan di dalam industri ini dan menetapkan satu standard global baharu. Dengan memberikan pilihan cuti berbayar kepada golongan pekerja, kami dapat merapatkan jurang jantina, meningkatkan prestasi serta memperkukuhkan perniagaan kami," ujar beliau lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…