Volvo kerjasama dengan SSAB hasilkan keluli bebas bahan api fosil

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars bekerjasama dengan SSAB - syarikat pengeluar keluli dari Sweden bagi membangunkan cara penghasilan keluli bebas bahan api fosil yang berkualiti tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini juga menjadikan Volvo sebagai pengeluar automotif pertama yang bekerjasama dengan SSAB serta inisiatif HYBRIT yang bertujuan untuk menggantikan penggunaan arang batu dengan elektrik bebas fosil dan hidrogen di dalam penghasilan keluli, sekaligus tiada kesan jejak karbon kepada alam sekitar.

Volvo akan menggunakan bahan keluli yang dihasilkan daripada kilang Luleå, Sweden ini untuk tujuan pengujian, serta digunakan pada model-model konsep pada masa akan datang.

 

 


Menurut Håkan Samuelsson, CEO Volvo Cars menjelaskan, "kolaborasi bersama SSAB di dalam pembangunan keluli bebas fosil ini mampu memberikan kami pengurangan emisi yang signifikan kepada rantaian bekalan kami.

Martin Lindqvist, presiden dan CEO SSAB berkata, "kami sedang membina rantaian nilai yang bebas fosil sepenuhnya. Teknologi termaju ini secara mayanya tiada jejak jarbon dan mampu meningkatkan tahap kebersaignan para pelanggan kami.

Mengikut Volvo Cars, kira-kira 35 peratus emisi CO2 datang dari penghasilan keluli dan besi untuk kenderaan ICE dan 20 peratus pula datangnya dari EV.

Jadi dengan kolaborasi bersama SSAB ini merupakan inisiatif terkini yang menyokong pelan Volvo Cars untuk menjadi syarikat EV sepenuh masa menjelang 2030 dan syarikat neutral iklim menjelang 2040.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…