Volvo Trucks Malaysia labur RM3.14 juta pasang panel solar di fasiliti Shah Alam, Kuantan

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Trucks Malaysia mengumumkan pelaburan bernilai RM3.14 juta untuk pemasangan panel solar di fasiliti Kuantan dan Shah Alam.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon di dalam jaringan operasi sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2025.

Sehubungan dengan itu, Volvo Trucks Malaysia secara rasmi melantik Micro Energy Holding Sdn Bhd sebagai kontraktor pembekal, pemasangan dan penyelenggaraan panel solar yang akan merangkumi 95 peratus sumber kuasa bagi Volvo Trucks Shah Alam dan 98 peratus untuk fasiliti Kuantan.

Dengan adanya pemasangan di kedua-dua tempat tersebut, ia mampu mengimbangi jumlah karbon terkumpul sebanyak 11,925 tan bagi tempoh 25 tahun untuk pengeluar kenderaan komersial.

Lebihan tenaga akan disalurkan kembali kepada sistem grid dan akan diimbangi dalam kos bekalan tenaga Volvo Malaysia daripada Tenaga Nasional Berhad.

Setelah pemasangan panel solar siap pada November 2023, Volvo Trucks Malaysia dijangka akan menyaksikan pengurangan sebanyak 477 tan karbon, atau 35% kurang berbanding penanda aras yang dibuat pada tahun 2019.
 

volvo


Penerimaan teknologi tenaga solar itu juga menunjukkan persiapan Volvo Trucks Malaysia untuk memperkenalkan barisan trak elektrik di Malaysia.

Untuk itu, Volvo Trucks akan melabur untuk pemasangan fasiliti pengecasan di semua hartanahnya bermula dengan ibu pejabat di Shah Alam. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peningkatan itu dibantu oleh permintaan terpendam berikutan tempoh pasca pandemik, dimana prestasi…
Berita Domestik
Portal digital ini menyatukan segala perkhidmatan dan informasi penting dengan menggunakan antara…