Portal digital ini menyatukan segala perkhidmatan dan informasi penting dengan menggunakan antara muka yang intuitif, dan bakal memanfaatkan pemilik trak dan syarikat pengangkutan.

Menurut Sabu Isaac Champannil, Naib Presiden bahagian Aftermarket Volvo Trucks Malaysia berkata, "Rekaan dan fungsi Volvo Connect bukan sahaja untuk memenuhi fungsi pengurusan armada dan perancangan penyelenggaraan, akan tetapi untuk menyokong penuh lebih banyak aspek di dalam operasi perniagaan seperti fungsi pentadbiran dan pematuhan undang-undang.
Volvo Connect akan merangkumkan perkhidmatan pengurusan armada Dynafleet sedia ada, selain fungsi lain seperti pemantauan prestasi dan kelakuan pemandu, sejarah servis pembaikan, dan juga peringatan servis berkala yang berikutnya.
Dari semasa ke semasa, Volvo Trucks akan mengembangkan lagi perkhidmatan bagi menambahbaik serta mengoptimasikan beberapa aspek perniagaan pelanggan yang berbeza.