VW Group mahu penguasaan penuh terhadap Audi

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sudah mempunyai kira-kira 99.64 peratus pegangan di dalam syarikat automotif Audi AG, kumpulan Volkswagen tetap mahukan penguasaan penuh terhadap jenama premium Jerman itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam perkembangan terkini, mereka difahamkan akan membeli kesemua pegangan minoriti di dalam Audi menerusi tawaran 'squeeze-out'.

Menurut siaran media yang diterbitkan pada minggu lalu, Volkswagen AG mahu melaksanakan pelan tersebut mengikut undang-undang perbadanan saham Jerman dalam usaha untuk mendapatkan 0.36 peratus pegangan di dalam Audi. 

Satu resolusi berhubung perancangan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat tahunan Audi pada Julai atau Ogos nanti. 

Apabila CEO baharu, Markus Duesmann mengambil alih tampuk pimpinan pada 1 April nanti, Audi akan mengetuai unit penyelidikan dan pembangunan di dalam kumpulan Volkswagen. 

Sebelum ini, Audi merupakan hub utama penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang memfokuskan kepada beberapa aspek seperti keberkesanan aerodinamik, pembangunan aluminium ringan, teknologi transmisi klac berkembar dan sistem pacuan semua roda. 

Jenama Audi pernah jatuh selepas siasatan mendapati perisian pengurusan enjin yang digunakan untuk memanipulasi ujian emisi kenderaan VW Group sebenarnya direkka oleh jurutera Audi. 

Ini memaksa pihak atasan untuk memecat beberapa ketua jurutera termasuklah CEO-nya sebelum ini, Rupert Stadler. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang dimaksudkan itu adalah Porsche Panamera versi elektrik sepenuhnya, serta generasi kedua…
Sukan Bermotor
Menerusi acara siaran langsung di YouTube "Dialog with Diess", beliau turut menyatakan Volkswagen…
Berita Global
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Automotive News Jumaat lalu, mereka menjelaskan, "Kami…