Walaupun tanpa kamera sisi, Mercedes-Benz EQS masih lagi kereta paling aerodinamik dalam dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang semua sedia maklum, Mercedes-Benz S-Class dan kembar EV-nya, Mercedes-Benz EQS merupakan antara kenderaan dengan spesifikasi yang paling premium dihasilkan oleh pengeluar automotif premium itu.

Daripada harga yang mencecah enam angka (di luar negara), sehinggalah kepada teknologi Hyperscreen sebesar 56 inci itu, EQS sememangnya layak untuk memegang status sebagai S-Class di dalam dunia kenderaan elektrik.

Namun, timbul pula satu persoalan, kenapa Mercedes-Benz masih lagi mengekalkan peranan cermin sisi tatkala ada di antara pengeluar sudah pun mula menggantikannya dengan kamera sisi?

Menurut CEO Daimler  Ola Källenius dalam satu temubual bersama Automotive News Europe menjelaskan, pihak pembangun mahu mengekalkan peranan cermin sisi atas beberapa faktor.

 


Salah satu daripadanya adalah kebimbangan imej yang dipaparkan menerusi kamera itu mampu menimbulkan perasaan mabuk ketika pemanduan.

Selain daripada itu, tenaga elektrik yang diperlukan untuk memastikan kamera dan paparan berfungsi itu mampu mengenepikan manfaat aerodinamik yang diperoleh setelah menggantikan cermin sisi dengan kamera sisi yang lebih kecil.

Harus diingatkan, walaupun dengan kehadiran cermin sisi yang besar, Mercedes-Benz EQS masih lagi merupakan kereta produksi yang paling aerodinamik dengan kadar pekali seretan serendah (Cd) serendah 0.20 sahaja!

Baca: Mercedes-Benz EQS 2022

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Pecah Rekod Vision EQXX     Pencapaian ini membuktikan teknologi bateri pepejal bukan sahaja…
Model Terbaharu
Varian baharu ini menggabungkan teknologi canggih dengan ruang dalaman yang menawarkan pengalaman…
Berita Global
Satu contoh menarik yang wujud daripada katalog Brabus adalah EQS yang dikatakan jauh lebih menarik…