Weststar Motors bawa masuk Audi e-tron, Porsche Taycan Turbo

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala laman web rasmi Audi Malaysia masih lagi sunyi daripada sebarang berita berkenaan kehadiran model EV sepenuh masa, Weststar Motor mengejutkan media sosial dengan kehadiran sebuah model elektrik yang bakal muncul tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada model-model SUV dan wagon Audi, Weststar Motor turut menyelitkan sebuah model e-tron yang merupakan model elektrik produksi massa pertama Audi yang memulakan penjualannya pada tahun 2019.

 

Tidak dapat dipastikan spesifikasi Audi e-tron yang dibawa masuk itu, namun versi asas mampu menawarkan jarak operasi sejauh 328 km sekali cas penuh, terima kasih kepada pek bateri 95 kWh dan motor elektrik berkembar menghasilkan 402 hp dan 664 Nm.

Weststar Motor juga turut membawakan sebuah lagi model elektrik sepenuh masa, iaitu Porsche Taycan Turbo tahun 2020 berwarna Carrera White Metallic yang membawakan jarak operasi sehingga 470 km.

 


Sedan Taycan Turbo ini juga menampilkan beberapa ciri seperti Sport Chrono Package, Power Steering Plus, rim Mission E Design 21 inci, serta ciri keselamatan seperti Lane Change Assist, ParkAssist, dan Adaptive Cruise Control.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, Porsche Taycan Turbo 2020 itu dijual pada harga bermula dari RM900 ribu tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

Sebagai makluman, Porsche Malaysia turut membawa masuk secara rasmi keempat-empat varian Taycan dengan harga jualan adalah seperti berikut:
Taycan - RM605,000
Taycan 4S - RM725,000
Taycan Turbo - RM999,000
Taycan Turbo S - RM1,195,000

Spesifikasi penuh Taycan boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: Porsche Taycan tiba di Malaysia

Baca: Porsche Taycan RWD kini di Malaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…