WING HIN MOTORSPORTS BAWA TIGA JENTERA BERSAING DALAM PERLUMBAAN ENDURANCE DI THAILAND

oleh Penyumbang Rencana 2|
JUARA Sepang 1000KM 2023 (S1K 2023), Wing Hin Motorsport bakal kembali untuk bersaing di perlumbaan Idemitsu Super Endurance 600 Asia Tenggara pada hujung minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan endurance pada 23 Disember itu akan berlangsung selama 10 jam di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.

Pasukan yang menjadi wakil tunggal negara di perlumbaan terbabit akan mempertaruhkan dua buah Toyota Yaris dan sebuah Toyota Vios dipandu oleh enam pemandu Malaysia.

wing hin motorsport

Dalam perlumbaan ini, Wing Hin Motorsport akan membariskan Amer Harris Jerry dan Nabil Azlan yang juga merupakan alumni kategori Rookie perlumbaan Vios Challenge Malaysia dan akan mengemudi Toyota Yaris bernombor #339.

wing hin

Naquib yang bersaing di S1K 2023 yang lalu akan berpasangan dengan pelumba berpengalaman iaitu Mitchell Cheah dalam Toyota Yaris bernombor #338.

Kedua-dua jentera tersebut akan bersaing di perlumbaan tersebut di kelas Division Tiga.

wing hin

Bagi jentera Toyota Vios bernombor #438 ia bakal dipandu Dannies Ng dan Boy Wong yang akan bersaing di kelas Division Empat.

Walaupun perlumbaan ini merupakan penyertaan pertama pasukan di perlumbaan 10 jam, namun mereka komited untuk bergelar juara.

Perkara ini telah dibuktikan setelah pasukan tersebut menjuarai perlumbaan Idemitsu Super Endurance 400 Minutes di Thailand dengan hanya sekali percubaan penyertaan pertamanya.

wing hin

Pada perlumbaan tersebut, jentera Toyota Vios, telah dipandu oleh Boy Wong dan Naquib Azlan.

Perlumbaan Idemitsu Super Endurance 600 Trofi Asia Tenggara ini boleh ditonton secara langsung di facebook Super Turbo Thailand.

Perlumbaan bakal bermula pukul 10 pagi (11 pagi waktu Malaysia) dan bakal berakhir pada pukul 8 malam (9 malam waktu Malaysia).

 

Penulis: Firdaus Razani 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang beraksi di Litar Antarabangsa Chang, Thailand itu menyaksikan 64 buah kereta…
Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…