XForce - punca Mitsubishi tidak akan bawa masuk ASX baharu atau Eclipse Cross ke Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelancaran SUV XForce baru-baru ini menandakan bahawa pasaran Asean tidak akan menerima model-model global seperti ASX terkini atau Eclipse Cross.

Walaupun Eclipse Cross pernah ditawarkan di Indonesia, Mitsubishi sudah menghentikan jualan model itu dan ia akan digantikan dengan XForce.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden dan CEO Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Takao Kato berkata bahawa model-model global terlalu "mahal" dan tidak sesuai untuk pasaran Asean.

"Keperluan teknikal untuk pasaran Asean sebenarnya tidak setinggi di Eropah, dan itu akan menyebabkan harga produk itu meningkat.

 

 

Contohnya, standard pengeluaran asap di Eropah jauh lebih ketat dan produk di sana perlu mengharungi cuaca sejuk. Ini tidak perlu di Asean," terang Kato.

Mitsubishi XForce akan menggunakan penalaan enjin dan sistem transmisi yang lebih sesuai untuk pasaran Asean.

Diambil dari MPV Xpander, platform yang digunakan diperkukuhkan dan ia juga mempunyai jarak lega bumi yang paling tinggi di dalam kategori SUV.

"Pasaran Asean membabitkan kawasan yang sering banjir dan jarak lega bumi yang tinggi adalah sangat penting," jawab Masahiro Ito, Ketua Pakar Produk Mitsubishi.

 

 

Mod pemanduan "Wet" juga diperkenalkan dalam XForce kerana dilihat sebagai keperluan di rantau Asean, di mana mod itu akan membantu pemandu untuk meredah kawasan air bertakung.

Selain dari itu, ada banyak fungsi-fungsi di dalam XForce yang memang lebih spesifik untuk pasaran Asean - antaranya ialah rekabentuk yang menepati citarasa tempatan, skrin sesentuh yang bersaiz lebih menarik dan paling penting sekali, penggunaan komponen-komponen yang boleh dihasilkan oleh vendor-vendor Asean dan bakal membuatkan harganya lebih berdaya saing.

Namun begitu, Kato tidak menolak kemungkinan model-model global seperti ASX dan Eclipse boleh diperkenalkan di Asean di masa hadapan.

Kejayaan MPV Xpander di rantau Asean dan di pasaran lain juga membuktikan formula "produk Asean" itu  berjaya untuk Mitsubishi. Lebih dari 600,000 unit MPV itu telah terjual di 40 negara di seluruh dunia, termasuk Asean.

Jualan kenderaan di negara-negara Asean untuk tahun 2022 ialah sebanyak 3,424,935 unit, menjadikan ia antara kawasan yang penting dalam ekosistem automotif global.
 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…