XMAX Johor - Bila cikgu sendiri turun padang!

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk peminat genre skuter, nama Hasri Aly Imran mungkin tidak begitu dikenali.

Namun bila disebut Cikgu Matic, ramai mula mengangkat kening dan tersenyum.

Hasri atau Cikgu Matic, 35 tahun, cukup popular di dalam dunia modifikasi skuter modern.

Hasil-hasil ciptaan beliau sering juga muncul di skrin Whatsapp, Facebook dan Instagram.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Modifikasi yang dilakukan kepada jentera-jentera skuter (atau "matik", seperti yang dipanggil di Indonesia) memang ada yang ekstrem.

Beliau juga popular di antara mereka yang mahu melakukan modifikasi sendiri kerana Cikgu Matic ini turut menjual komponen-komponen yang diperlukan.

Ayah kepada empat cahaya mata ini sebenarnya memang seorang guru pun. Beliau bertugas di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang dan mendidik penuntut di dalam bidang elektrik.

Berasal dari Parit Burah, Seri Gading, Batu Pahat, Hasri menjadikan hobinya sebagai satu punca menambah pendapatan beliau.

 

 

Kedai di lokasi Pandan, Johor Bahru ini turut dikongsi bersama Nin Monday, seorang lagi pakar motosikal yang pernah Careta tampilkan beberapa tahun dahulu.

"Saya beli XMAX dari Fook Yong Motor di Skudai. Saya beli kerana hendak mencuba sesuatu yang baharu," ujarnya bila ditanya kenapa XMAX.

Hasri juga memiliki sebuah Yamaha NVX155.

Untuk Yamaha XMAX 250 milik Hasri ini, ia telah menjalani modifikasi tahap serius. 

 

 

Kos yang diperlukan juga sangat tinggi kerana Hasri mahukan hanya produk-produk yang terbaik.

Di bawah ialah senarai kelengkapan dan juga anggaran harga (berubah mengikut nilai matawang). 

  • Roda aloi "forged" oleh Over Racing Japan - RM12,000
  • Tayar Bridgestone Battlax SC 02 - RM1,200
  • Set brek Brembo GP4 RS dengan kaliper (depan dan belakang) - RM3,400
  • Bracket brek Cikgu Matic (depan dan belakang) - RM1,200
  • Rotor brek cakera hadapan 300mm dari Yamaha R25 - RM400
  • Brembo RCSs 15 master pump dengan braket dan tangki minyak brek Brembo - RM1,500

 

 

  • Brembo RCSs 16 master pump dengan braket dan tangki minyak brek Brembo - RM1,500
  • Hos brek braided-steel lengkap dengan sistem Quick Release titanium - RM2,400 
  • Pemegang telefon dan USB dari Yamaha Eropah - RM300
  • Pemijak kaki Yamaha Eropah - RM300
  • Pelana Comfort asli dari Yamaha Eropah -  RM1,100
  • Tail tidy dari Yamaha Eropah - RM500

 

 

  • Peredam Akrapovic dengan header titanium -  RM1,700.
  • KTC racing ecu - RM1,900
  • Barangan carbon fibre - RM4,500
  • Penyerap hentak Ohlins - RM2,500

Kesemua itu tidak termasuk kos penaiktarafan enjin XMAX ini.

 

 

Enjin 250 cc itu telah diubah-suai untuk menjadi 335 cc menggunakan kelengkapan lengkap Yamaha.

Perubahan enjin yang berharga RM7,000 itu memberikan tenaga terkini 33 hp dan 38 Nm, jauh lebih tinggi berbanding dengan 22.5 hp dan 24.3 Nm dari enjin stock.

Menurut Hasri, komponen-komponen tersebut dibeli terus dari UK (untuk brek), Jepun (roda aloi), Indonesia (komponen Yamaha Eropah dibuat di negara itu), Thailand (barangan seperti panel dan carbon fibre) serta komponen kustom dari sumber tempatan.

"Kedai kami memang ada menjual kesemua komponen yang ada pada XMAX saya ini," kata Hasri.

 

 

Hasri berkongsi hasrat beliau untuk membuktikan kepada peminat kenderaan roda dua bahawa skuter ini setanding dengan kapcai, dari segi prestasi dan ketahanan.

"Ia lebih praktikal untuk kegunaan harian berbanding dengan kapcai," tambah beliau.

Projek akan datang Hasri bakal membabitkan salah satu dari tiga skuter ini:

  • Honda Vario
  • Honda PCX
  • atau Yamaha T-MAX.

Mungkin anda boleh beri komen model yang mana Cikgu Matic perlu "bikin" untuk projek terbaharunya kelak!

Untuk menghubungi beliau, anda boleh Whatsapp Cikgu Matic di +60 12-735 5453.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Yamaha PG-1 merupakan sebuah motosikal dengan reka bentuk retro underbone dengan kapasiti enjin…
Berita Global
  Kelas 1 merujuk kepada kenderaan yang dilengkapi dua atau lebih roda dan enjin dengan sesaran…
Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…