Yamaha ada kereta konsep baharu di Tokyo

oleh ONNY IZWAN|

Yamaha bukan sahaja pembuat motosikal dan piano. Kita jarang dengar tetapi sebenarnya mereka juga pakar industri automotif.

Yamaha1

 

Di pertunjukkan permotoran Tokyo nanti (dimana krew Careta akan kunjung) Yamaha akan mempertunjukkan kereta konsep terbaharunya.

 

Yamaha2

 

Ia pernah menunjukkan kereta konsepnya pada tahun 2015 iaitu dinamakan Sports Ride Concept yang menggunakan teknik pembinaan iStream yang menggunakan gentian karbon sebagai elemen utama. 

Yamaha3

Kereta konsep terbaharu nanti dikatakan juga akan menggunakan teknik pembinaan iStream juga, tetapi buat masa kini tiada butiran lain mengenai kereta konsep baharu tersebut.

Yamaha4

Yamaha5

Tetapi kereta konsep Yamaha itu nanti dikatakan mungkin menjadi kereta keluaran Yamaha di masa depan. 

 

Yamaha6

 

Menurut lama Autocar, kereta Yamaha itu akan diletakkan pada berat 900 kg, dengan enjin diletakkan ditengah. Kereta itu pula bersaiz sama dengan Smart Roadster. Kuasa datang dari enjin 1.0-liter 3 silinder dan ia akan menghasilkan sebanyak 100 hp, menjadi saingan terus pada Lotus Elise. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Nikkei, Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki akan menamatkan kira-kira 10 peratus…
Berita Global
Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 155 cc sejukan cecair dengan teknologi VVA, X Force mampu…
Berita Domestik
Tiga warna yang dimaksudkan itu adalah warna Icon Blue, Midnight Black dan juga Cyan Storm.  …