Yamaha Ego Avantiz 2021 kini dengan warna, grafik baharu - dari RM4,873

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd aktif membawakan kemaskini terhadap penawaran barisan motosikal untuk pasaran Malaysia, dan yang terbaharu skuter 125 cc Yamaha Ego Avantiz 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model tahun 2021, HLYM menawarkan tiga warna menarik dengan rekaan grafik yang sporti untuk Ego Avantiz seperti warna biru, merah dan hijau matte.

 


Tiada sebarang perubahan spesifikasi dibuat, ini bermakna Yamaha Ego Avantiz masih lagi kekal dengan nadi silinder tunggal 125 cc sejukan udara yang menghasilkan kuasa maksimum 9.4 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 9.6 Nm @ 5,500 rpm, sistem suntikan bahan api dan transmisi tali sawat-V automatik.

Sistem suspensi juga kekal dengan teleskopik pada bahagian hadapan, lengan ayun dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang, sementara brek pula terdiri daripada cakera tunggal hidraulik di hadapan dan brek dram di bahagian belakang.

 


Dengan rim bersaiz 14 inci (tayar 70/90 depan, 90/80 belakang), Ego Avantiz menawarkan jarak kelegaan tanah 135 mm dan ketinggian tempat duduk 773 mm.

Harga jualan juga tidak berubah, masih kekal pada RM4.873.31 atas jalan tanpa insurans, dan yuran pendaftaran, serta termasuk pengecualian duti eksais sifar peratus sehingga 31 Disember 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…