Yamaha R15 kini dalam warna perak!

oleh HEZERI SAMSURI|
Motosikal 150cc paling seksi dalam pasaran, Yamaha YZF-R15 kini boleh didapati dalam warna perak (silver).

Sebelum ini, motosikal tersebut hanya datang dalam warna hitam dan Race Blu biru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk varian warna perak ini, ia dipadankan dengan grafik berwarna hitam dan paling menarik, roda aloi dengan kemasan warna kuning menahang.

Warna cerah ini memang dinantikan oleh ramai kerana ia membuatkan R15 ini nampak lebih besar. Fork teleskopik terbalik di hadapan yang berwarna emas pula memberikan sedikit ciri-ciri agresif untuk jentera ini.

 

 

Enjin R15 masih kekal enjin 155.10 cc 4-lejang selinder tunggal sejukan cecair SOHC dengan 4 injap serta sistem VVA, menghasilkan 14.2 kW pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm pada 8,500 rpm.

Transmisi manual 6-kelajuan dengan slipper clutch dipasang kemas kepada kerangka Deltabox kukuh dan saiz tangki bahan api ialah 11 liter. Dengan keadaan siap untuk ditunggang, YZF R15 mempunyai berat 137 kg. 

R15 warna perak sudah mula dijual bermula bulan April ini dan harga cadangan ialah RM11,988 (tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insuran).

Jaminan ialah dua tahun atau 20,000 km, mana terdahulu.

Setiap pembelian akan menerima kunci brek cakera jenama Yamaha bernilai RM100.

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…