Yamaha XMAX 2022 versi Darth Vader muncul di Brazil

oleh Mohamad Hanif|
Eksklusif untuk pasaran Brazil, Yamaha melancarkan skuter edisi terhad XMAX ABS Darth Vader Limited Edition 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan kemasan luaran hitam dengan grafik merah yang diinspirasikan daripada watak jahat di dalam francais Star Wars, Darth Vader, diikuti dengan rim berwarna hitam.
 

XMAX


Rupa paras hadapan standard XMAX 250 juga sebenarnya turut mengingatkan kita kepada watak tersebut, diikuti dengan garis badan yang agresif.

Selain daripada itu, spesifikasi mekanikal skuter ini masih lagi sama, di mana ia didatangkan dengan enjin 250 cc yang mampu menjana 22.8 hp dan daya kilas 24 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT.
 

XMAX


Sistem suspensi teleskopik dan penyerap hentak berkembar di belakang juga tidak mengalami sebarang perubahan, diikuti dengan sistem brek cakera dan ABS.

Harga jualan XMAX versi Darth Vader ini bermula dari R$28,590 (RM25,703).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan sejarah yang terus memikat peminat di seluruh dunia, Lambretta bersedia untuk menawarkan…
Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…