Yaris Cross - bakal berentap dengan Juke!

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota akhirnya melancarkan model SUV kompak baharu mereka - Yaris Cross.

Khusus untuk pasaran Eropah buat masa sekarang, ia menggunakan platform TNGA-B (kompak) yang dikongsi dengan Yaris versi Eropah.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Dari segi saiz, Yaris Cross ini lebih kecil dari CH-R dan akan dibina di kilang Toyota di Onnaing, Perancis.

Sebanyak 150,000 unit dijangka terjual, dengan sasaran 8 peratus dari pasaran SUV segmen B Eropah.

Direka oleh studio Toyota di Eropah dan di Jepun, Yaris Cross adalah sebuah kenderaan setinggi SUV tetapi lebih sesuai untuk kawasan urban.

 

 

Enjin standard yang dibekalkan ialah enjin 1.5L petrol hibrid dengan 114 bhp. Enjin petrol 1.5L biasa juga dijangka akan ditawarkan di Eropah.

Sistem pacuan semua roda (AWD) juga dikawal oleh sistem komputer yang membolehkan ia mengawal keempat-empat roda agar penggunaan bahanapi adalah serendah kereta kompak biasa.

Walaupun berkongsi platform dengan Yaris baharu, varian Cross ini lebih tinggi dan lebih panjang.

Yaris Cross ini akan dijual di Australia dan Jepun. Tidak ada berita untuk Malaysia lagi.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV GAC AION Y Plus 2024 diperkenalkan semasa Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang dan hadir…
Berita Domestik
Acara anjuran MARii ini akan berlangsung di tapak pameran MAEPS di Serdang. Di bawah ialah antara…
Model Terbaharu
Kia EV9 merupakan pemenang anugerah berprestij seperti World Car of The Year 2024 dan juga…