Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV crossover.
Oleh itu, Toyota Yaris Cross dipilih sebagai model yang sesuai dengan tayar ini kerana karakter model itu lebih sesuai dan bakal memberi kestabilan stereng yang tinggi.
Prestasi tayar itu dicapai menggunakan sistem proprietari untuk meramalkan nilai ciri tayar utama berdasarkan HAICoLab milik Yokohama Rubber.
Pembangunan tayar itu berasaskan Artificial Intelligence (AI) yang bertujuan untuk memupuk penemuan baharu dan inovasi digital dengan menggabungkan inspirasi dan kreativiti manusia dengan AI.
Teknologi inovatif yang digunakan dalam pembangunan tayar adalah berdasarkan pengetahuan baharu yang diperoleh dengan mengumpul data sebenar dan data maya yang dijana melalui simulasi dan kemudian menggunakan fungsi ramalan, analisis dan carian AI.
Yokohama kini sedang membangunkan tayar secara agresif dengan menggunakan teknologi tayar BlueEarth terkini dan kebanyakan tayar ini kini dilengkapi pasang siap dari kilang tidak kira segmen.
Yaris Cross telah dilancarkan di Thailand pada Oktober 2023 yang lalu dan dipasang dengan tayar bersaiz 215/60R17 96H dan 215/55R18 95V.