Zagato AGTZ Twin Tail - Ekor boleh cabut, tribut kepada jentera lumba Alpine A220

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Zagato baru-baru ini telah memperkenalkan hasil binaan terbaharunya, iaitu AGTZ Twin Tail yang merupakan model tribut kepada jentera lumba Alpine A220.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina berasaskan model Alpine A110, keistimewaan model AGTZ Twin Tail dapat dilihat melalui hasil kerja badan unik, memberikannya rupa jentera lumba ikonik.

 

2

 

Menariknya, bahagian belakang atau ekornya boleh dicabut menjadikan ianya lebih sesuai untuk dipandu secara harian, itupun jika pemiliknya sanggup "melenjan" jentera istimewa itu.

Dari segi kuasa, ia dijangka akan mengekalkan nadi asal A110, iaitu enjin 1.8 liter empat silinder turbo dipadankan bersama transmisi automatik DCT 7 kelajuan, menghasilkan 249 HP dan 320 Nm.

 

4

 

Untuk pengetahuan, Zagato hanya akan menghasilkan 19 unit AGTZ Twin Tail di mana pembeli terpilih boleh memilih warna dan liveri tersendiri, dengan harga €650,000 (RM3.3 juta) sahaja.

Zagato telah menampilkan tiga warna pertama iaitu biru, putih, dan liveri Hommage 'tricolore' berwarna biru, putih dan merah yang melambangkan bendera Perancis.

 

3

 

Bagi menarik lagi perhatian pembeli, Zagato AGTZ Twin Tail akan membuat kemunculan sulungnya di acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este pada bulan May.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari sejarah perlumbaan anda boleh merungkai kereta hebat pada masa itu. Sebagai contoh Bugatti…
Berita Global
Seperti namanya yang tertera, model ini menggunakan asas daripada sedan empat pintu Alfa Romeo…