Selain dari itu, banyak komponen datang dalam ebntuk carbon-fibre semata-mata untuk memastikan model ini ringan. Cermin di belakang pula menggunakan polycarbonate agar lebih ringan dari standard.
Hasilnya, Elise Cup 260 ini cuma 902 kg berat (tanpa muatan), lebih kurang 15 kg lebih ringan dari Elise Cup 250.
Penyerap hentak adalah dari jenis Nitron untuk keempat-empat tetapi untuk brek, Elise Cup 260 ini menggunakan angkup AP Racing di hadapan dan Brembo di belakang - hairan juga kenapa depan lain belakang lain.
Enjin ialah unit 1.8L supercharged 4-silinder dengan 250 hp dan mampu mencapai kelajuan dari 0 ke 60 batu sejam (96 kmsj) dalam masa 3.8 saat. Halaju maksima ialah 243 kmsj.
Jika anda berminat untuk membeli sebuah kereta yang pasti akan bertaraf sangat “rare”, hubungi Lotus Asia Pasifik segera.