Tahun ini, di pameran Tokyo Motor Show, Yamaha mengusung keluar sebuah model konsep dalam bentuk trak pikap yang mempunyai saiz kompak - Cross Hub Concept.
Menurut Yamaha, mereka mencari saiz yang sesuai untuk dipandu di bandar, mahupun di kawasan belukar untuk ke trek motocross membawa dua motosikal di belakang.
Dek pikap belakang menggunakan lantai kayu, umpama bot-bot mewah. Tidak ada informasi mengenai enjin dan transmini kerana kami tidak dilayan oleh sesiapa.
Walaupun Careta merasakan konsep pikap ini ialah apa yang syarikat Smart Car akan bina, tetapi lambat laun kita tahu bahawa kenderaan besar seperti trak F150 tidak begitu relevan dengan keadaan jalanraya dan juga harga pasaran minyak.