1 dari 6 kenderaan terjual dalam tahun 2025 ialah kenderaan elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Syarikat perkhidmatan kewangan global Swiss, UBS berkata kajian terbaharu mereka menunjukan bahawa dalam tahun 2025, sebuah dari enam kenderaan terjual ialah kenderaan elektrik (EV).

Kajian tersebut dilakukan ke atas 10,000 pengguna kenderaan dunia, dan ia membuktikan ramai yang percaya kenderaan elektrik ialah masa hadapan.

Ia juga menunjukan bahawa harga dan kekurangan pusat pengecaj semakin tidak menjadi kerisauan ramai di negara barat.

 

Negara yang paling berminat dengan kenderaan EV ialah China, dan 58 peratus dari bakal pembeli kenderaan di sana berminat dengan kenderaan elektrik.

Ini mungkin disebabkan kerajaan China yang memang menekankan penggunaan kenderaan EV, ditambah dengan pengumuman kerajaan China ia akan mengharamkan kenderaan berenjin diesel.

Kajian UBS turut mendapati 70 peratus pemilik EV berpuas hati dengan bateri yang dicadangkan kerana ia sudah cukup untuk menguasai  87 peratus kehendak pemanduan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Berita Domestik
Majoriti lokasi ini menawarkan berbilang pusat pengecasan AC, menjadikannya sesuai untuk mengecas…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…