China memang aktif mencari punca tenaga baharu bagi mengurangkan pergantungan negara itu kepada sumber minyak mentah.
Antara yang dilakukan ialah penggunaan panel solar bagi menjana tenaga elektrik dari matahari.
Jinan contohnya, menjadi bandar pertama di China yang membina sebuah jalanraya yang dilapisi oleh panel solar.
Jalanraya solar itu dibuka pada 28 Disember tahun lalu dan pada 2 Januari, satu kepingan jalanraya itu sudahpun dicuri.
Kepingan itu bersaiz 6-inci lebar dan 6 kaki panjang dipotong dengan cantik, menandakan bahawa ia diambil dengan sengaja.
Kerajaan China mengsyaki bahawa kepingan itu dicuri bukan untuk panel solar itu kerana ia murah. Yang mahal ialah teknologi disebalik panel solar di atas jalanraya itu dan jika teknologi itu dicuri, tidak menghairankan ia akan mula dijual di pasaran dengan harga yang lebih murah.
Jalanraya solar bukanlah perkara baharu dan sudah pernah dilakukan di beberapa lokasi di dalam dunia.
Ia mahal untuk diselenggara dan sangat mahal untuk dibina. Adalah lebih mudah untuk membina "ladang solar" atau solar-farm.