Kereta yang diperoleh daripada pengedar Toyopet Chiba pada ketika itu berada dalam keadaan yang nazak, dan sudah tidak boleh dipandu.
Daripada memulihkannya menjadi keadaan asal, pasukan jurutera itu telah menggantikan peranan enjin Yamaha kepada sistem trenkuasa elektrik solar, dengan motor elektrik berkuasa setinggi 161 hp, pek bateri 35 kWh dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 200 km/j.
Kini, anda masih boleh menyaksikan sendiri kewujudan kereta 2000GT EV tersebut di Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology yang terletak di Nagoya, Jepun.
Segala liveri penaja yang menghiasi Toyota 2000GT telah dibersihkan, namun skema warna hijau/hitam yang wujud pada ruang kabin ini sudah cukup membuktikan ia adalah projek yang dijalankan oleh 'sekumpulan orang yang gilakan kereta' itu.
Projek restomod yang dilakukan pada tahun 2012 itu turut menyertakan ciri Halo Sonic, atau sistem bunyi yang mampu memberikan amaran kepada pejalan kaki.
Terdapat juga pilihan bunyi enjin 2000GT yang asal, atau bunyi derap kuda, kapal angkasa, kereta api, kucing mengiau dan bermacam-macam lagi.
Sejarah berkenaan jenama Toyota (termasuklah model yang pernah dihasilkan) anda boleh nikmati menerusi video YouTube yang dimuat naik oleh Larry Chen, seorang jurugambar kereta yang terkenal dari Los Angeles.
Sumber: YouTube Larry Chen, News Atlas