Sebagai seorang jurutera automotif yang berpengalaman lebih 30 tahun, Devaraju sebelum ini bekerja di India dan Timur Tengah di mana beliau mengendalikan operasi runcit di syarikat seperti Hindustan Motors, Tata Motors dan juga Mercedes-Benz India. Sebelum memulakan tugas di Naza, beliau telah berkhidmat selama hampir 14 tahun sebagai Pengarah Operasi Cycle & Carriage Bintang Berhad.
Sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Devaraju bakal memberikan fokus kepada usaha penambahbaikan di dalam mutu perkhidmatan selepas jualan.
Selamat maju jaya dari kami di Careta.