Para penduduk bandar tersebut boleh mendapatkan khidmat teksi elektrik dari London itu menerusi aplikasi perkongsian kenderaan Gett.
Union Motor Company telah memberikan khidmat teksi kepada bandar tersebut selama 22 tahun yang lalu dan dengan penggunaan teksi elektrik itu bakal memberikan satu anjakan kepada mereka dalam memberikan khidmat yang lebih baik di samping menjadi perintis kepada penggunaan teknologi terkini.
Menurut salah seorang pemilik teksi elektrik, David McMillan berkata "teksi elektrik ini menawarkan pemanduan yang lancar dan selesa kepada para penumpang, mesra alam dan menjimatkan kos pengoperasian juga."