Di bawah ialah antara penambahan yang dilakukan:
- Lampu hadapan LED
- Lampu DRL jenis LED
- Lampu kabus LED
- Lampu belakang LED
- Gril krom gelap
- Roda aloi 18-inci
- Kamera Lane Watch
- Variable Gear Ratio Steering System
- Paddle shifter
Sesi pandu uji ringkas yang telah diadakan sebentar tadi telah menunjukan bahawa Variable Gear Ratio Steering System atau VGR Steering ini hampir sama dengan yang ada pada Honda Type-R.
Ia memberikan nisbah sudut membelok yang berbeza mengikut kelajuan. Apa yang berlaku ialah pada kelajuan perlahan, roda hadapan membelok lebih banyak, memudahkan pemandu semasa parkir.
Bila kelajuan meningkat, nisbah membelok kembali pada asal dan memberikan rasa stabil.
Ia berbeza dari penambahan kuasa pada stereng bantuan elektrik biasa.
Honda Malaysia akan melancarkan varian RS dan juga satu lagi varian baharu yang lebih mampu milik.
Varian mampu milik itu tampil dengan lampu halogen jenis projektor dan juga penambahan beg udara kepada enam unit.
Info lanjut akan diberikan selepas varian ini dilancarkan (terutama kejutan untuk bahagia kabin RS!).