Careta telah berjumpa sendiri dengan pemilik Kelisa yang sangat syantik, err maaf cantik ini, Syaiful Bahari Ahmad, berusia 37 tahun dan berasal dari Johor ini.
Memandangkan kereta ini sendiri sudah pun berusia, bahagian luaran Kelisa ini telah dicat semula dengan warna dua tona supaya ia tampak lebih malar segar, manakala untuk ruang dalaman pula Syaiful masih mengekalkan spesifikasi asal.
Ruangan arca roda pula dihiasi dengan empat buah rim yang diambil daripada Perodua Myvi.
Ketika ditanya berkenaan masalah biasa yang dihadapi oleh Kelisa ini, Syaiful menjelaskan para pemilik perlu memeriksa kembali getah yang digunakan pada head cover yang mampu menyebabkan kebocoran minyak hitam.
Masalah ini merupakan isu lazim yang selalu dilaporkan oleh para pemilik dan juga pomen bengkel, dan beliau menyeru supaya bahagian tersebut diperiksa dengan teliti untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.
Dengan kos pembaikan dan restorasi keseluruhan berjumlah RM6,000, Syaiful kini berpuas hati dengan Kelisa 'baharu' beliau ini.
Menggunakan Perodua Kelisa sebagai kereta kedua dan pengangkutan seharian untuk ke tempat kerja, Syaiful tidak mengadu sebarang masalah besar yang dialami sepanjang beliau memandu kereta ini.