Lotus mengesahkan bahawa mereka kini sedang membangunkan hypercar pertama dan ia boleh dilihat menerusi gambar acah pertama yang dipamerkan ketika Shanghai Auto Show.
Setelah sekian lama Lotus hanya kembali dengan beberapa kereta sports edisi terhad dan "lebih pantas", ini merupakan produk pertama Lotus yang lebih pantas, terima kasih kepada trenkuasa elektrik sepenuhnya.
Lotus Type 130 - kod nama yang digunakan oleh Lotus - bakal menampilkan casis monocoque daripada gentian karbon, dan sistem trenkuasa elektrik yang memacu semua roda hasil pembangunan Williams Advanced Engineering.
Tiada sebarang perincian didedahkan namun hypercar itu dijangka mempunyai kuasa sekitar 1,000 kuasa kuda.
Lotus Type 130 juga bakal mempertaruhkan beberapa komponen bagi meningkatkan kadar aerodinamik hypercar tersebut, terutama ketika mengejar kelajuan tertinggi yang dicapai oleh hypercar yang lain.
Penggunaan nama Lotus Type 130 ini sebenarnya mengingatkan kita kepada nama-nama jentera Lotus sebelum ini, seperti:
- Type 25 (F1)
- Type 78 (F1)
- Type 92
- Type 111 yang merupakan kod nama kepada Lotus Elise.
Hypercar ini akan didedahkan kepada umum lewat tahun ini.