Mengikut data penjualan kenderaan bagi bulan April 2019, secara keseluruhannya industri automotif Malaysia mencatatkan penurunan kadar jualan sebanyak 4,812 unit atau 8.78 peratus.
Sebanyak 49,964 unit kenderaan berjaya dijual sepanjang bulan April, namun bagi lima tempat teratas, hanya Proton sahaja yang berjaya mencatatkan peningkatan 14.3% berbanding bulan lalu.
Manakala pengeluar yang lain pula mencatatkan penurunan seperti Perodua (-4.9%), Honda (-28.8%), Toyota (-7.4%) dan Nissan (-21.6%).
Mazda dan Peugeot pula nampaknya menongkah arus dengan kenaikan jualan masing-masing sebanyak 28.9% dan 32.8%, manakala segmen premium pula, jenama-jenama besar turut mencatatkan penurunan jualan kecuali Volvo, naik 14.8%.
Untuk senarai penuh, anda boleh merujuk kepada jadual di bawah, terima kasih kepada rakan media Paultan.