Setelah Jazz berada di Malaysia sejak 16 tahun lalu, HMSB telah mengumumkan bahawa hatchback kompak ini telah pun berjaya dijual sebanyak 100,000 unit dan penyerahan unit Jazz ini telah diadakan di Ban Lee Motor Sdn.Bhd, pusat jualan Honda di Seremban. Majlis ringkas penyerahan unit tersebut telah diserahkan pemilik baharu, Kelvin.
HMSB juga turut memaklumkan bahawa model generasi ketiga Jazz ini telah mencapai jumlah jualan melebihi 75,000 unit melalui data sehingga bulan Mei 2019. Ini meletakkan Jazz mendahului dalam segmen hatchback kompak untuk segmen bukan-nasional.
Dalam ucapan Pengarah Urusan dan CEO HMSB, Toichi Ishiyama telah berkata, “Pada bulan lalu, kami telah meraikan pemilik yang ke 130,000 untuk model Honda Civic dan pada hari ini rekod baharu telah dicipta dengan pencapaian 100,000 unit Jazz di Malaysia.
Kami sangat berterima kasih buat semua pelanggan yang memberikan kami kepercayaan dan sekaligus meletakkan jenama kami sebagai No.1 dalam segman bukan-nasional dan No.2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) setakat Mei 2019.”
Kelvin yang kini menjadi pemilik Jazz yang ke-100,000 di Malaysia, telah dihadiahkan “Pakej perlindungan” lengkap yang ditawarkan khusus oleh HMSB. Pakej tersebut merangkumi Ultra Body Coating, Ultra Window Coating, dan Wheel Lock Nut yang telah diuji dan diluluskan oleh Honda Access di Jepun, jenama tulen yang diiktiraf untuk Honda Accessories.
Selain itu, Kelvin turut menerima pakej aksesori Mugen secara percuma sebagai tanda penghargaan daripada HMSB.
Kelvin turut mengulas, “Saya sangat gembira dan terkejut apabila diumumkan sebagai pemilik Jazz yang ke-100,000. Saya mengambil keputusan untuk membeli Jazz kerana inginkan sebuah kereta kompak untuk pemanduan harian dan tidak menyangka sama sekali menjadi pemilik yang ke 100,000 ini.”
Honda Jazz datang dengan empat varian dengan enjin 1.5L i-VTEC.
Tiga daripadanya adalah unit petrol; 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V dan satu varian 1.5 hybrid dengan sistem Sport Hybrid i-DCD.
Harga bermula dari RM70,242 sehingga RM80,091.
Jazz diberikan anugerah lima-bintang daripada ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk ABS, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan lain-lain.
Careta pernah menulis tentang Jazz ini, sila klik di sini untuk membaca penulisan kami tentang Honda Jazz ini: https://careta.my/article/menjawab-persoalan-honda-jazz-city-sport-hybrid
Pada mereka yang kurang faham tentang sistem Hybrid, sila lihat video yang telah kami olahkan untuk pemahaman yang lebih mudah;