Menurut Samantha Cockfield, pengarah keselamatan jalanraya untuk Suruhanjaya Kemalangan Pengangkutan bagi Victoria, pihaknya mampu membina infrastruktur yang sesuai untuk menampung kelajuan yang lebih tinggi dari sekarang.
"Namun begitu, ia akan memakan kos yang tinggi dan persimpangan jalanraya tidak boleh wujud. Persimpangan jalanraya ialah risiko terbesar bagi kenderaan yang dipandu laju," terangnya.
Suatu ketika dahulu, lebuhraya Stuart di Alice Springs, bahagian utara Australia, tidak mempunyai had laju, umpama Autobahn di Australia.
Walaupun tidak ada kemalangan maut akibat pemanduan berkelajuan tinggi di lebuhraya sepanjang 300 km itu, kerajaan Australia meletakan batasan kelajuan kepada 130 kmsj dalam tahun 2016.
Jumlah kematian maut akibat kemalangan jalanraya di beberapa negeri di Australia meningkat, terutama di Victoria walaupun jumlah kamera halaju ditambah.
Cockfield turut menambah, lebuhraya Autobahn di Jerman juga semakin dikawal untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan.
"Kelajuan tinggi membunuh, dan kerana itu banyak negara di seluruh dunia semakin melihat aspek kelajuan dan cara untuk mengawalnya," sambung Cockfield.
Apa pendapat anda?