Namun, apabila ia memasuki generasi kedua pada tahun 2013, reka bentuknya terus berevolusi menjadi salah sebuah hatchback yang memiliki rupa paras yang agak seksi.
Dan setelah enam tahun berada di pasaran, Hyundai memerlukan muka baharu bagi menggantikan i10 sedia ada, dan sebuah lakaran telah diterbitkan bagi memberikan idea bagaimana Hyundai i10 generasi ketiga bakal mengambil bentuknya.
Tampil dengan muka yang lebih agresif, menurut Hyundai ia adalah disengajakan bagi menampakkan hatchback ini lebih bertenaga dan lincah.
Reka bentuk gril juga lebih baharu dengan dua buah lampu kabus diletakkan di penghujung sudut gril.
Manakala di bahagian sisi pula diletakkan bukaan ruang kemasukan udara.
Hyundai i10 generasi kedua
Menurut Hyundai dalam satu kenyataan akhbar, i10 serba baharu ini memiliki reka bentuk yang dinamik, sporti dan 'muda', menyerlahkan lagi penampilannya di kalangan pesaing hatchback segmen A.
Hyundai turut mengesahkan bahawa i10 generasi baharu ini bakal membawakan pelbagai teknologi terkini secara standard seperti:
- Bantuan Pengelakkan Pelanggaran Hadapan (dengan bantuan sensor)
- Amaran Tumpuan Pemandu
- Sistem Bantuan Pengekalan Laluan
Dari sudut trenkuasa, Hyundai i10 bakal hadir dengan barisan enjin tiga dan empat silinder sebaris, dan salah sebuahnya merupakan enjin inline-3 1.0 T-GDI berkuasa 118 hp yang dibawakan daripada Hyundai i30.