Tidak pernah kenal erti rehat, pasukan tersebut kembali ke ibu pejabat Cusco yang terletak di Takasaki di mana Mike berpeluang untuk menguji sendiri jentera C-HR Cusco TRD.
Toyota C-HR TRD merupakan jentera rali terbaharu yang dibina oleh Cusco menggunakan data-data yang diperoleh daripada jentera rali Yaris di dalam APRC.
Menurut catatan pemandu yang pernah mengendalikan jentera rali Satria Neo, jentera C-HR tersebut nampaknya mudah untuk dikendalikan dan sangat stabil sewaktu di selekoh.
"Ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga, diberikan peluang dan kepercayaan untuk menguji dan membangunkan jentera rali baharu.
Menurut beliau lagi, ia turut menerima input dan sokongan daripada jurutera dan mekanik Cusco, pakar teknikal daripada TRD dan juruteknik tayar daripada Dunlop.
Dibangunkan mengikut regulasi APRC AP4, C-HR Cusco TRD ini dikuasakan oleh enjin TRD-8AR 2.0 liter yang digandingkan dengan unit pengecas turbo dan sistem transmisi sekuential Drenth lima nisbah kelajuan.
Atas kertas, enjin TRD-8AR ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 293 PS dan 480 Nm daya kilas.
Pihak Cusco nampaknya masih lagi menguji tahap pengendalian jentera ini sebelum memastikan ia benar-benar boleh dijual kepada pihak yang berminat.
Menurut Cusco, jentera C-HR ini dibina khusus untuk bertanding di dalam beberapa perlumbaan seperti FIA Asian Pacific Rally Championship (APRC), Japan Super Rally Series (JSR) dan beberapa perlumbaan di bawah FIA International Rally.
Sumber: Mike Young