Menurut SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan CEO Kumpulan Naza, "semenjak tahun 2010 kami telah berjaya mengedarkan 12,000 skuter Vespa di Malaysia.
"Dengan pelancaran tiga model baharu ini, 2019 bakal menjadi satu tahun yang lebih dinamik buat Naza Premira dan Kumpulan Naza secara khususnya.
VESPA PRIMAVERA S 150
Skuter Primavera S 150 ini mewarisi karakter klasik 'joy of living' dengan elemen yang lebih segar, berani, stail dan sporti.
Ia ditambah lagi dengan penampilan perisai, rim aloi amuminium 12 inci, dan pelindung hon yang dilayangkan warna dust grey menjadikan ia lebih menyerlah di khalayak umum.
Enjin silinder tunggal empat lejang 150 cc i-Get mampu menawarkan kuasa yang sepadan, dan menawarkan kadar penggunaan bahan api yang lebih rendah, sesuai untuk kegunaan jalan raya Malaysia.
VESPA SPRINT S 150
Model ini direka supaya menjadi lebih lincah dalam kalangan keluarga Vespa.
Vespa Sprint S 150 merupakan model pertama dalam kelasnya yang membawakan rim bersaiz 12 inci yang direka buat rakyat Malaysia yang gemarkan cabaran, dan mahu menjadikan tunggangan seharian sesuatu yang menyeronokkan.
Enjin 150 cc silinder tunggal I-Get ditala bagi memberikan tunggangan yang lebih santai, dengan keupayaan untuk meredah trafik yang sibuk.
VESPA S125 CARBON EDITION
Model ini tampil unik dengan penawaran bendera ikonik Itali "Tricolore" yang menghiasi badan yang dilayangkan kemasan ala gentian karbon.
Vespa S125 Carbon Edition hadir dengan rim hitam bersaiz 11 inci.
Manakala enjin empat lejang 125 cc silinder tunggal i-Get menjadikan tunggangan lebih senyap, lancar dan selesa, serta pecutan yang memuaskan tidak kira dimana jua hala yang dituju.
Ciri unik lain yang hadir termasuklah lampu utama berbentuk petak, saddle yang dinamik, ruang storan barang, serta penyerap hentak berwarna merah.