Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ISeeCars.com ke atas 2.1 juta kenderaa terpakai bermula dari tahun 2014, agensi tersebut mendapati faktor warna sebenarnya mampu mempengaruhi kadar susut nilai sesebuah kenderaan.
Kenderaan berwarna kuning dikatakan memegang rekod paling kurang kadar susut nilai, sebanyak 27 peratus untuk tiga tahun pemilikan, manakala warna-warna lain seperti jingga dan hijau masing-masing mencatatkan 30.6 peratus dan 30.9 peratus untuk tempoh yang sama.
Secara purata, kadar susut nilai kenderaan untuk tiga tahun pertama tempoh pemilikan adalah pada angka 33.1 peratus.
Manakala tiga warna yang menyumbang kepada kadar susut nilai tertinggi adalah beige (36.6%), ungu (36.7%) dan juga emas (37.1%).
Warna kereta | Purata Susut Nilai (tempoh 3 tahun) | Peratus perbezaan berbanding nilai purata |
Kuning | 27.0% | -18.5% |
Jingga | 30.6% | -7.8% |
Hijau | 30.9% | -6.9% |
Putih | 32.6% | -1.6% |
Merah | 32.7% | -1.4% |
Nilai Purata | 33.1% | -- |
Biru | 33.5% | 1.0% |
Perang | 33.5% | 1.1% |
Kelabu | 33.5% | 1.2% |
Hitam | 33.6% | 1.6% |
Perak | 34.0% | 2.6% |
Beige | 36.6% | 10.3% |
Ungu | 36.7% | 10.7% |
Emas | 37.1% | 12.1% |
Menurut CEO iSeeCars.com, Phong Ly berkata, "warna kuning secara relatifnya adalah kurang lazim berbanding warna-warna lain, bukan sahaja untuk kereta malah segmen-segmen yang popular seperti SUV dan trak pikap.
Kenapa warna emas menyumbang kepada kadar susut nilai yang tinggi?
Menurut Ly lagi, berdasarkan pemerhatian, warna emas tidak mempunyai permintaan yang cukup tinggi di pasaran, di mana pengguna lebih gemar warna-warna yang lazim atau warna yang lebih menarik.
Namun, kaitan antara warna kenderaan dan nilai jualan nampaknya tidak menjejaskan tempoh masa yang diambil untuk menjual sesebuah kenderaan itu.
Satu lagi kajian yang berasingan dibuat menunjukkan kereta berwarna kuning mengambil purata masa yang lama untuk dijual (41.5 hari) oleh kerana harganya yang masih lagi mahal, manakala kereta yang lebih murah berwarna emas mengambil masa kira-kira 34.3 hari.
Warna | Purata Hari di dalam Pasaran | Peratusan Perbezaan berbanding Nilai Purata |
Kuning | 41.5 | 13.8% |
Jingga | 38.1 | 4.3% |
Hijau | 36.2 | -0.7% |
Putih | 35.0 | -4.0% |
Merah | 40.9 | 12.2% |
Biru | 36.8 | 1.0% |
Perang | 35.3 | -3.2% |
Kelabu | 34.2 | -6.2% |
Hitam | 36.0 | -1.4% |
Perak | 38.8 | 6.4% |
Beige | 46.6 | 27.6% |
Ungu | 33.2 | -8.9% |
Emas | 34.3 | -6.1% |
Nilai Purata | 36.5 | -- |
Untuk bacaan penuh, anda boleh melayari laman iSeeCars.com.