Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 18 peratus kepada dua juta kenderaan berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari biasa.
“Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas jika masih ada pelanggan yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi. Apabila ini berlaku, ia sudah pasti mengganggu keselesaan dan perjalanan pelanggan lain,” menurut kenyataan itu.
PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.
Justeru, PLUS menasihatkan pelanggan merancang perjalanan dan menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal di kira-kira 11,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara, yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak dan kedai serbaneka.
PLUS turut memaklumkan, pelanggan lebuh raya itu belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini.
sumber: Bernama