Tiga laluan baharu tersebut adalah Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Shell Malaysia kini merupakan antara syarikat yang aktif dalam memberikan ganjaran kepada para pelanggannya.
Tahun lalu, Shell Malaysia telah melancarkan beberapa kempen termasuklah Kempen WIN 3 BMW X3 di mana para pelanggan berpeluang membawa pulang 3 unit BMW X3 xDrive30i Luxury.
Untuk tahun 2020, Shell turut memeriahkan suasana dengan kempen "Nak Ekstra RM20,000?" yang berlangsung sehingga 9 Februari yang menawarkan hadiah utama RM20,000 serta 20 hadiah sampingan bernilai RM1,000.
Senarai penuh stesen minyak yang menawarkan tambah nilai tanpa caj ini boleh dirujuk menerusi www.shell.com.my