Hal ini didedahkan sendiri oleh UMW Toyota dalam satu siaran media berhubung Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, baru-baru ini.
UMW Toyota secara dasarnya mengalu-alukan NAP 2020 namun masih menantikan perincian yang sewajarnya, serta berharap agar lebih banyak masa diberikan untuk penilaian beberapa aspek seperti penarafan EEV serta pengenalan kenderaan generasi berikutnya (NxGV).
Menurut Presiden UMW Toyota, Ravindran K berkata, "kami percaya fasiliti Bukit Raja sudah pun dilengkapi dengan sistem automasi, tenaga kerja dan kapasiti yang diperlukan bagi memenuhi visi kerajaan membangunkan industri automotif tempatan.
Malah, mereka juga berharap agar kerajaan meningkatkan sokongan dalam bentuk insentif bagi merancakkan lagi pasaran kenderaan hibrid di Malaysia, serta membantu pihak mereka menentukan pelaburan dan pulangan yang bersesuaian.
Kali terakhir Toyota memperkenalkan model hibrid adalah menerusi model Toyota Camry Hybrid yang telah dihentikan produksinya pada tahun 2018.