Syarat itu nampaknya telah disebut di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Penyakit Berjangkit 1988. Individu juga tidak dibenarkan ditemani oleh orang lain melainkan dengan sebab yang munasabah.
Di bawah ialah antara isi kandungan penting di dalam warta tersebut.
Syarat-syarat bagi pergerakan
Jika seseorang bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain:
(a) untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet, pergerakannya hendaklah hanya, ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya, dan dia tidak boleh disertai mana-mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya untuk disertai mana-mana orang lain;
(b) untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, pergerakannya hendaklah hanya, ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya, dan dia boleh disertai mana-mana orang lain yang semunasabahnya perlu;
(c) untukmelaksanakanapa-apatugasrasmi,diahendaklahmengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
(d) untuk melaksanakan tugasnya berhubung dengan apa-apa perkhidmatan perlu, dia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
Untuk membaca penuh warta tersebut, sila ke pautan di bawah:
http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20200401_PUA109.pdf