Razia Begum, 48 tahun, ialah seorang gurubesar di sekolah kerajaan memulakan perjalanan beliau hari Isnin lalu. Beliau sebelum itu telah meminta kebenaran pihak berkuasa.
Razia tiba di Nellore pada hari Rabu petang.
Ibu itu mengakui perjalanan yang dilaluinya sukar tetapi beliau nekad untuk membawa anak lelakinya pulang.
Suaminya meninggal-dunia 15 tahun lalu dan beliau mempunyai dua orang anak lelaki - seorang ialah graduan kejuruteraan dan seorang lagi ialah Nizamuddin yang berusia 19 tahun.
Nizamuddin telah pergi ke Mellore untuk menghantar rakannya dan terkandas di sana selepas perintah berkurung.
* Berita dan gambar dari India Glitz.