COVID-19: Tiada rentas daerah sambut Aidilfitri di Pahang

oleh SALINA JALIL|
Polis mengingatkan orang ramai bahawa pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang ketika sambutan Aidilfitri, hujung bulan ini.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata larangan berkenaan dibuat susulan kesukaran memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan pihak kerajaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimanapun, katanya, aktiviti ziarah Aidilfitri di rumah jiran dalam kawasan taman perumahan sama dibenarkan dengan mengawal kunjungan tetamu supaya tidak terlalu ramai.

 

"Aktiviti ziarah Aidilfitri antara daerah dengan daerah tidak benarkan sama sekali kerana ia membabitkan jarak jauh, ziarah yang terbaik adalah dalam satu taman kerana kita pasti mengetahui status jangkitan COVID-19 di kawasan taman terbabit.

 

"Kita bimbang jika ziarah rentas daerah dilakukan ia boleh mengundang penularan jangkitan wabak COVID-19 memandangkan kita tidak mengetahui tahap atau status kesihatan individu yang datang berkunjung rumah.

 

"Kali ini masyarakat perlu menerima hakikat bahawa sambutan Aidilfitri tidak semeriah sebelum ini kerana kita sedang berdepan dengan wabak yang belum selesai," katanya.

 

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas melakukan Pemantauan Pematuhan SOP PKPB membabitkan beberapa premis perniagaan dan pusat beli-belah di sekitar bandar Kuantan, semalam.

 

Mengulas mengenai pemantauan pematuhan SOP PKPB di premis perniagaan, Mohd Noor berkata, pihak pengurusan pusat beli-belah dan premis perniagaan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kerajaan Pahang.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan…
Berita Domestik
  Katanya, ia kemudian menjangkiti orang lain termasuk saudara mara sebelum mereka turut disahkan…
Berita Domestik
Perjalanan merentas sempadan dan negeri masih tidak dibenarkan di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan…