Namun, bagi mereka yang olskool dan kurang meminati rekaan-rekaan baharu Vespa masa kini, anda mungkin boleh melihat sebuah model konsep yang dihasilkan oleh Mightyseed Designs seperti yang kami paparkan pada artikel ini.
Firma rekaan yang berpengkalan di Kerala ini mengambil rekaan asal Vespa yang berbentuk tebuan karya Corradino D'Ascanio dan membuat keputusan untuk menjadikannya sebuah skuter berkuasa elektrik dengan rekaan retro-moden yang sangat unik dan elegan.
Rekaan asal skuter turut diteruskan dengan sentuhan moden, dimulakan dengan penampilan bar LED yang bertenggek di atas mudguard hadapan, handlebar yang sangat nipis dan sistem LIDAR terbina dalam.
Memandangkan ia sebuah skuter elektrik, pihak Mightyseed Design mengintegrasikan pek bateri 30 amp-hour lithium-ion ke lokasi enjin, dan ini sekaligus menghasilkan ruang yang sangat besar untuk memuatkan barangan di bawah tempat duduk.
Sebuah motor elektrik pula digunakan dan dipasang pada hub roda belakang, menjadikan perjalanan seharian yang lebih senyap.
Walaupun Vespa pada ketika ini sudah pun menghasilkan model skuter elektrik Vespa Elettrica, tidak salah rasanya untuk pengeluar Itali itu mengambil pendekatan yang berbeza bagi menarik audiens yang lebih besar.
Sumber: Mightyseed Designs