Polis terbunuh langgar lori sampah di Melaka

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang anggota polis dan juga ayah kepada seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, L/Kpl Mohd Zaini Mahat, 33 dari balai polis Tengkera meninggal dunia semalam akibat terbabit di dalam sebuah pelanggaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Allahyarham Zaini sedang menunggang motosikal bersama tujuh buah motosikal lain apabila beliau berlanggar dengan sebuah lori sampah yang datang dari hadapan.

Zaini dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal yang terjatuh di hadapannya, menyebabkan beliau tersasar ke laluan bertentangan.

Zaini meninggal dunia di tempat kejadian.

* Laporan dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…
Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…